Jumaat, 6 Mei 2011

9W2KIE Telah kembali ke rahmatulah pada jam 0300H MEI 11 DI HSI

Hari ni dikejutkan dari rakan2 radio amature atau rakan2 ham.. rakan ham dari
Malaysian Amateur Radio Community (MARC-V17) telah kembali ke rahmatullah jam 3 pagi di Hospital Sultan Ismail.. al-fatihah buat pengasas simplax v17 wilayah 1-pelangi, saudara M zakie. Jasa mu tetap akan dikenang ke akhir hayat. Kerana jasa beliau inilah dapt mengumpulkan rakan amatur yang jauh mahupun yg dekat. sama2lah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan dikalangan insan yg beriman.......:( Jenazah akan dikebumikan di Felda Pasak, Kota Tinggi selepas Jumaat ni..

Selasa, 19 April 2011

Kelemahan komunikasi pengurusan bencana

Oleh ABDUL AZIZ MOHD. NOR

Sejak kebelakangan ini, kejadian nahas bencana banyak berlaku termasuk gempa bumi, tsunami, banjir besar, runtuhan bangunan, nahas kapal terbang serta helikopter.Anggota-anggota penyelamat yang ditugaskan untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat kita memang terlatih dalam mengendalikan tugas berat itu namun disebabkan tidak ada koordinasi antara anggota-anggota penyelamat, ia sedikit sebanyak menghalang mereka melakukan tugas yang terbaik.Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES) yang kerap kali terlibat dengan kerja-kerja mencari dan menyelamat bersama-sama polis, pasukan Bomba dan Penyelamat, JPA3 dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sering mendengar keluhan di antara pasukan penyelamat itu.Kita mempunyai Unit Pengurusan Krisis dan Bencana, Bahagian Keselamatan Negara selain Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana di peringkat daerah, negeri dan pusat, namun bilakah mereka yang diamanahkan ini akan duduk berbincang?Adakah mereka hanya perlu duduk bersama setahun sekali atau hanya berjumpa apabila berlaku bencana?Apakah fungsi jawatankuasa ini? Adakah ia sekadar memenuhi garis panduan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja dan hanya inginkan pegawai yang mewakili agensi tertentu bercakap di meja rundingan termasuk menyediakan kertas kerja namun tidak ada pelaksanaan kerana tiada peruntukan kewangan?Di sini penulis ingin sertakan satu senario menarik untuk tatapan kita bersama. Persoalannya ialah sejak 15 tahun penulis menetap di sebuah bandar yang mempunyai beberapa pangsapuri, tidak pernah pun melihat atau mendengar Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) atau Pelan Pemindahan (Evacuation Plan) di penempatan berkenaan.Bayangkan jika berlaku kebakaran atau gempa bumi, apakah yang akan dilakukan oleh penghuninya? Yang lebih memburukkan keadaan, sehingga kini tiada sistem pencegah kebakaran di kawasan penempatan berkenaan dan ini menimbulkan satu pertanyaan bagaimana pangsapuri itu mendapat sijil layak menduduki (CF).Apa yang kita lakukan sekarang lebih bersifat ad hoc dan bencana demi bencana berlaku namun kehangatannya hanya seketika sahaja.Kejadian Helikopter Hornbill Skyways - Bell 206 yang terhempas di kaki Gunung Murud, Ba'kelalan, Sarawak pada 12 Julai 2004 memakan masa 16 hari untuk dicari dan ini tidak dapat diterima oleh ahli keluarga mangsa serta masyarakat umum.Pada hari kejadian sehingga helikopter berkenaan dijumpai setiap hari media tempatan menyiarkan berita mengenainya termasuk siaran pendapat daripada beberapa individu mahir dan pakar mengenai perkara itu.Namun apabila ia sudah berakhir, tidak ada mana-mana pihak tampil ke hadapan melakukan langkah-langkah tertentu untuk memperbaiki cara dan tindakan menyelamat bagi membendung perkara berkenaan daripada berulang.Apa yang dikesali ialah kawasan tersebut merupakan kawasan sering terjadi nahas namun tidak ada sebarang `tindakan pembetulan' dibuat.Mesyuarat post-mortem nahas pesawat Piper 28 di Genting Bidai, Pahang tahun lepas turut menimbulkan persoalan masalah koordinasi antara pasukan penyelamat termasuklah masalah integrasi sistem komunikasi yang tidak sepatutnya berlaku pada zaman sekarang.Kita sering memberikan keutamaan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat, JPA3, polis, Unit Udara PDRM, Unit Udara Bomba dan TUDM sebagai anggota agensi penyelamat.Akan tetapi kita sebenarnya tidak harus melupakan dan mendapatkan perkhidmatan daripada orang yang lebih arif mengenai kawasan berkenaan.Ini termasuk juruukur bahagian pemetaan, kumpulan pendaki gunung, pemburu, Orang Asli dan badan-badan NGO yang lain termasuklah ahli kelab pacuan empat roda (4x4) dan kelab radio amatur.Sebagai contoh, jika ada pesawat terhempas di kawasan hutan, khidmat kumpulan ini diperlukan kerana ada di antara mereka lebih arif kawasan tersebut dan tahu mengenai selok-belok kawasan tersebut.BantuanNegara maju contohnya Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom sering menggunakan khidmat kumpulan ini, manakala agensi kerajaan dan swasta pula menyediakan bantuan kewangan kepada NGO.Namun amat malang ia tidak berlaku di negara kita.Jawatankuasa di peringkat nasional harus mengemas kini garis panduan pengurusan bencana contohnya Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 (MKN 20) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diwujudkan selepas tragedi Highland Tower pada 11 Disember 1993.Semenjak dari tahun 60-an sehinggalah sekarang, tidak ada perubahan dan apa yang kita nampak hanyalah kenderaan dan perkakasan mencari dan menyelamat, bot-bot, pam-pam air, ambulans yang baru.Apa yang dikesalkan sistem komunikasi sesetengah agensi penyelamat amat menyedihkan dan tidak mencapai tahap kemodenan yang ada sekarang.Turut dikenal pasti permohonan menaik taraf peralatan seperti pengesan kehidupan (life detector) dan alat komunikasi terkini amat sukar dan sering diklasifikasikan sebagai tidak penting.Malah ada satu agensi penyelamat negara, lengkap dengan segala peralatan baru termasuk kenderaan 4x4, komputer pejabat, ambulans, bas untuk anggota termasuklah sebuah kenderaan Proton Perdana V6 baru.Namun apabila memasuki bilik gerakan, hanya terdapat empat buah gagang telefon yang biasa digunakan untuk menerima panggilan kecemasan, sebuah alat perhubungan frekuensi sangat tinggi (VHF) dan sebuah buku catatan penerimaan panggilan kecemasan.Cuba bayangkan, jika berlaku sesuatu bencana yang besar sudah pasti bilik gerakan ini dihujani pelbagai panggilan yang tidak henti-henti daripada orang ramai.Jika mereka masih meneruskan dengan peralatan asas ini termasuk operator yang kurang berpengalaman, pastinya proses menerima aduan, memberi arahan dan melaksanakan arahan menjadi kurang efisien. Seterusnya, ia pasti akan melambatkan proses menyelamat.Semua ini berlaku di ibu negara dan ini membayangkan apa yang ada di lain-lain negeri. Dalam gerakan mencari dan menyelamat, salah satu alat yang paling penting ialah peralatan komunikasi.Namun perkara yang penting itu jarang diambil tahu dengan terperinci oleh pihak tertentu.-

ABDUL AZIZ MOHD. NOR ialah Presiden Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES).

Apakah Radio Amateur?

Apakah Radio Amateur?
Radio Amateur ataupun juga dikenali sebagai ‘HAM Radio’ ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji & berkomunikasi melalui radio. Seseorang itu juga dapat menghugi seseorang yang lain secara individu @ berkumpulan dengan menggunakan pesawat radio yang menghasilkan gelombang magnetik.

Bilakah Radio Amateur bermula?
Sejarah Radio Amateur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan.Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna radio Amateur telah mula berkomunikasi & mengadakan satu system penghantaran mesej diantara mereka. Di Malaysia radio amateur merupaka titik bermulanya perkhidmatan radio komersial.

Apakah yang boleh sya lakukan dengan Radio Amateur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat pada setiap masa. Pada waktu bencana, Radio Amtur amat berguna terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain,anda juga kadangkala boleh bercakap dengan angkasawan @ membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain menyediakan sebegini ciri seperti ini?

Saya Sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat & pendapat seseorang. Memandangkan ia mudah dikendali ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan & dapat mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda & keluarga anda juga boleh berkumpul & mempelajari hobi ini.

Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini (Pesawat Pemancar)?
Sebuah radio bersaizs sebesar telapak tangan yang baru mungkin sama dengan satu TV 29 inci yang berkos rendah kebihkurang RM300 –RM10000. Radio yang lebih besar sama kosnya dengan sebuah computer.

Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkeneen Radio Amateur adalah berpatutan & yuran peperiksaan bagi mendapat sijil perakuan juga adalah rendah.

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amateur & siapakah yang mengeluarkan sijil perakuan ini?
Seseorang yang hendak menjadi ‘Ham Radio’ hendaklah lulus di dalam peperiksaan yang dinamakan RAE (Radio Amateur Examination). Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapat lesen Radio Amateur. Di Malaysia pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amateur ialah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Hanya mereka yang lulus & diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amateur
.
Sukatan Peperiksaan
Anda akan diuji tentang perundangan radio komunikasi, tatacara perhubungan , prinsip radio & elektronik serta mengenal propagasi gelombang & antenna

Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya. Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi kelas A adalah sebanyak RM 36 & bagi sijil perakuan kelas B ialah RM 24 setahun.

Tajuk Perbualan
Seseorang boleh berbual apa sahaja pada mana-mana waktu yang jangka masa tidak dihadkan. Topik yang dilarang perniagaan, hal-hal politik, ugama dan sesuatu yang menyinggung perasaan.

Para amateur dituntut untuk membuat pelbagai ujikaji tentang radio komunikasi seperti antenna, peralatan radio & ujikaji-ujikaji lain.

Amateur diminta membantu kerajaan sewaktu kecemasan seperti banjir, gempa bumi & kebakaran.

Callsign (Kod panggilan)
Setiap Amatuer mempunyai kod @ callsign. Di Malaysia barat kod ini 9M2 & 9W2. Di Serawak 9M8 & 9W8 & di Sabah 9M6 & 9W6. 9M ialah kelas A yang lulus RAE & ujian morse kod manakala 9W ianlah kelas B iaitu mereka yang lulus RAE sahaja.

SWL (Shortwave Listener)
Sebelum menjadi seorang amateur (HAM) yang berlesen, seseorang itu menjadi SWL. Dia akan mendengar perhubungan serta mempelajari tatacara komunikasi yang betul. Anda boleh membeli radio untuk mendengar perhubungan ini.

Siapakah yang harus anda hubungi untuk mendapatkan bantuan?
Kelab-kelab Radio Amatuer terdapat diseluruh Malasyia & bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman webyang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut kelab-kelab tersebut seperti:
MARTS
ASTRA
MARES

Apakah yang saya boleh pelajari sekarang?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatuer di seluruh dunia:-

A – Alfa
B – Bravo
C – Charlie
D – Delta
E – Echo
F – Foxtrot
G – Golf
H – Hotel
I – India
J – Juliett
K – Kilo
L – Lima
M – Mike
N – November
O – Oscar
P – Papa
Q – Quebec
R – Romeo
T – Tanggo
U – Uniform
V – Victor
W – Whiskey
X – X-ray
Y – Yankee
Z – Zulu

Peranan radio amatur membantu erat Peranan radio amatur membantu erat hubungan

RADIO amatur bukan sekadar alat komunikasi sesama ahli atau dengan pengguna lain, tetapi turut membantu ketika kecemasan seperti tanah runtuh, sesat di dalam hutan, banjir kilat atau nahas di darat, udara mahu pun air, apabila komunikasi sedia ada tidak dapat digunakan.Jika sebelum ini peralatan komunikasi seperti telefon bimbit digunakan untuk berhubung, tetapi 'ham radio' memudahkan proses itu, khususnya dikawasan yang tiada talian kerana ia boleh berfungsi melalui tenaga bateri atau generator.Memang ada kod panggilan yang sukar difahami seperti"MEMANGGIL...9W2CPK (diulang dua kal)i atau 9W2CPK going QRT, 73...over". Barisan ayat disulami figura seperti itu kedengaran seperti system komunikasi yang lazim bagi pihak berkuasa, polis atau tentera.Ia memang tidak akan difahami umum, kecuali mereka yang biasa dengan pengendalian sistem komunikasi radio. Diterjemahkan, panggilan itu tadibermaksud - keluar dari jaluran atau frekuensi -. Ia kod panggilan atau'callsign' yang mula dituturkan oleh pengguna radio amatur atau lebih dikenali sebagai 'ham radio' untuk berhubung dengan orang lain.Sebenarnya, kod panggilan yang digunakan oleh pengguna radio amatur membawa maksud pengenalan diri seseorang apabila pengguna berkenaan ingin memasuki talian atau berkomunikasi dengan orang lain.Seorang kontraktor dari Seremban, Hamid Abdullah, 44, yang sudah tigatahun terbabit dalam dunia radio amatur, berkata sistem perhubungan itu bermula dengan penggunaan sistem itu oleh tentera British."Ketika berperang, tentera British berhubung melalui cara ini untuk urusan menyampaikan bantuan kepada mangsa peperangan atau menyalurkan maklumat kepada pihak atasan."Sejak itu, penggunaan sistem berkenaan berterusan di negara ini dan kini semakin meluas untuk berhubung ketika mengendalikan sesuatu program atau aktiviti," katanya.Katanya, sistem seperti itu juga digunakan dalam sukan lasak pacuan empat roda, aktiviti yang kini mula mendapat perhatian pelbagai syarikat dan persatuan sukan di negara ini."Bagaimanapun, penggunaan radio amatur di negara ini terikat denganpelbagai syarat dan etika," katanya, menambah pengguna sistem itu harus menduduki peperiksaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) terlebih dulu."Hanya jika lulus peperiksaan berkenaan, barulah pemohon layak menerima lesen menggunakan radio amatur dengan jumlah bayaran dikenakan mengikut kelas sistem yang dipohon," katanya.Kelas A dikenakan bayaran RM36 setahun manakala kelas B dikenakan bayaran RM24 setahun, selain RM60 sebagai yuran pendaftaran.Hamid menganggap pembabitannya dalam bidang itu lebih menjurus sebagai hobi dalam menjalin hubungan dengan pelbagai peringkat masyarakat dalam dan luar negara."Selain bertanya khabar, sistem perhubungan ini turut digunakan apabila kami terbabit dalam pelbagai aktiviti sukan lasak, program berkaitan alam sekitar serta program kemasyarakatan."Penggunaan radio amatur dapat memudahkan tugas jika menghadapi sebarang masalah, terutama apabila berada jauh di pedalaman atau dalam hutan," katanya.Beliau yang juga Pengarah Urusan Nine Adventure, syarikat pengurusan aktiviti sukan lasak, termasuk pacuan empat roda di Negeri Sembilan,berkata radio amatur memang memberikan banyak kelebihan kepada penggunanya.Rakannya, Mazlan Shamsuddin, 48, yang mula berjinak dengan hobi itu,berkata sistem perhubungan seperti itu menyeronokkan kerana dapat berhubung dengan ramai kenalan tanpa perlu mengeluarkan belanja.Baru-baru ini, 300 pengguna radio amatur seluruh negara berhimpun pada majlis anjuran Rakan Radio Amatur Kuala Pilah di Perkampungan BudayaTerachi, Negeri Sembilan untuk bertanya khabar dan membincangkan aktiviti tahun ini."Kami perlu juga berjumpa dan bertentang mata walaupun dapat berbual melalui radio amatur yang ada batasannya. Menjadi kesalahan dan boleh dikenakan tindakan jika berbual mengenai isu sensitif."Pengguna radio amatur tidak boleh membincangkan isu agama, politik atau peribadi yang menjejaskan imej seseorang secara terbuka melalui sistem ini," katanya.Seorang lagi ahli, Zulkifli Sulaiman, 43, berkata kemahiran menggunakan radio amatur memberikan banyak manfaat kerana ia juga dapat disalurkan untuk membantu pihak yang memerlukan."Sebelum ini, sistem perhubungan itu digunakan ketika kami diminta memberi bantuan kecemasan menyelamatkan kumpulan remaja yang sesat dihutan Gunung Angsi, Kuala Pilah," katanya

Anda mungkin juga meminati: